3/25/11

pasir mas 'kilang' gadis cantik???

ak pon xtau statement tu.....  :o
ak mengetahui dari lecturer ak ketika stdy kt politeknik sarawak...
lecturer Math tnye ak 'perempuan pasir mas cantik2 kan??'
ak tersenyum sambil tergaru2 kepale....(iye ke?)
tp rmai gak kwn2 ak ckap camtu...bg ak sume tempat de perempuan cantik...hehe
tp ak terbace skali agi sal ni dlm harian metro (ktika dlm bas otw nk blik kg)...skrg bru nk pos..hehe
ak trsenyum sorg2 ktika baca artikal 2..hehe
sambil tertanye...betul kee??
kt bwah ni ak paste tentang artikal tu...




Sunday, February 20, 2011


Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

Laporan dan foto AZLAN HAFEEDZ





TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka.

TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian 
kecantikan mereka.
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ 
gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan 
calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta 
memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi 
igauan setiap ‘putera’. 
 
  • FotoNADI UTAMA...pengangkutan kereta api menjadi nadi utama kepada penduduk sekitar Pasir Mas sejak 1950-an.
  • FotoTRADISI...peniaga barangan harian di pasar Pasir Mas masih mengekalkan konsep tradisi dalam urusan perniagaan.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis 
Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki 
tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu 
seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki 
mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan 
kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri 
dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang 
mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, 
selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan 
kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum 
air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai 
gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, 
Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya 
diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia 
yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita 
menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh 
Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil 
alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh 
yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan 
kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga 
berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini 
dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak 
berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan
 kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan 
terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh 
mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, 
namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk 
emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing 
membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang
melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing 
Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk 
padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman 
perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau 
Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, 
China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan 
didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, 
Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.





p/s:bangga gak Qu bace ni..hehe...wlaupom Qu ni bkan org perempuan cantik tu n 
bukan juga ado awek cantik camtu tp Qu org Pasir Mas....hahaha

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...