4/28/11

ragam student sekarang..






p/s : aqu tak sampai la 5 jam..hehe..lebih cikit jee..



merdeka..!!


31 ogos lambat lagi la..
hehehehe
merdeka sebab baru abis exam la...
biasa la,aqu kan student...ekeke
dah la ni da sem6,kejap je ase setahun setengah kat PSA ni..huhu
dalam gembira lepas exam ni,rasa risau gak
soalan subjek exam sem ni boleh tahan susah gak
arap-arap semua lulus la...aminnn ya Allah




p/s:sambung study or tak ea??

4/27/11

kelantan di kelas tersendiri


VS






KELANTAN 1-SELANGOR 0
(MATYO)







p/s:arap juara liga super milik kelantan..go mo klate go mo...


4/22/11

serabut






nape kepala aku ni serabut sangat...aduusss...dah la nak exam agi..ya Allah,tenangkan lah diri ini...myb aqu banyak berdosa kot...nak kongsi dengan kawan pom susah..sume x boleh pakai...pe aqu nak buat ni??nak tido tak mengantuk....huuu...




p/s:mintak-mintak esok hilang la serabut nie...



4/21/11

1 minggu lagi

1 minggu lagi aqu akan menghabiskan masa di politeknik shah alam..huhu..pejam celik pejam celik,da sem 6...sekarang minggu exam..sempat lagi aqu buka blog dan fb..hehehe...sekadar melepaskan gian..namun aqu masih ada 4 paper lagi..aduuu.masak aqu..dah la jadual padat...ni jadualnya :


19/4 clinical 


25/4 Amalan


26/4 Isyarat

27/4 Imej


28/4 plc


da bersedia ke???emm,hehe...insyaAllah....aqu akan cuba buat yang terbaik..harap-harap aqu dapat pointer yang tinggi sedikit dari sebelum ini dan harap-harap tak de yang gagal...insyaAllah..do the best to all my friend...





p/s : doakan aqu dapat buat yang terbaik ea..:)





suka menderma


ni entry pasal kawan aqu..nama dia Mohd Luqman bin Husin...dia kawan aqu masa Politeknik Kuching, Sarawak..dia ni memang baik, sesiapa yang kenal dia memang akan suka dengan dia,tak kira la lelaki atau perempuan...satu lagi sifat yang paling aqu respect ialah dia suka menderma..pernah satu hari masa di Sarawak, dia tidak ada duit tapi dia pinjam dengan aqu sebab nak menderma kat orang tua yang menjual tisu di jambatan dekat pasaraya Satok..dia ni memang mudah kesian kat orang lain dan tidak pernah berkira dengan orang lain...dia memang kawan yang baik..moga luluq bahagia di dunia dan akhirat...



luqman (fb luluq)



p/s: kawan masa senang memang ramai, kawan masa bersedih memang susah....






piala raja sepanyol terjatuh





Tahniah kepada Real Madrid kerana berjaya memenangi Piala Raja Sepanyol dalam perlawanan yang berkesudahan Real Madrid 1-Barcelona 0..gol daripada tandukan cantik bintang terkenal Real Madrid,Christiano Ronaldo...perlawanan yang memasuki masa tambahan itu memang agak tegang dengan aksi keras kedua-dua pasukan..ramai sudah penyokong menganggap perlawanan mungkin berkesudahan dengan penalti, namun dengan kepantasan dan tandukan bahaya daripada Ronaldo telah menghapus keegoan Barcelona untuk memiliki Piala Raja Sepanyol..namun kegembiraan Real Madrid memenangi perlawanan itu di cacatkan dengan berita Piala Raja Sepanyol terjatuh dan di hempas bas...tragedi itu terjadi apabila piala yang di pegang oleh Ramos terjatuh lalu dipijak bas sebelum bas tidak berbumbung yang dinaiki oleh pasukan itu berhenti..











 p/s: jangan terlalu gembira kerana kamu akan menangis nanti....



4/20/11

merokok adalah haram



fatwa merokok telah dikeluarkan oleh beberapa Majlis Fatwa negeri..
antaranya Majlis Fatwa Negeri Selangor..
dibawah ni aqu letak fatwa tu..


Fatwa Tentang Merokok (Selangor)

Keputusan: 
(1) Merokok adalah haram
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.
(3) Bagi maksud faiwa ini , ' rokok ' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Status Penwartaan: 
 Diwartakan

Nombor Rujukan: 
 JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se

Akta/Enakmen: 
 Sel. P.U. 51.



>bagi aqu,aqu sangat menyokong fatwa ini dikeluarkan..ini bukan kerana aqu tidak merokok tapi sebagaimana yang kita tahu,rokok ini banyak membawa kesan buruk kepada diri kita...
>terlalu banyak sebab untuk mengharamkan rokok ini...tapi terpulanglah kepada saudara dan saudari untuk memikirkannya,,,
antaranya :


i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.
ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:
Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud)
v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat.
Sabda Baginda s.a.w.:
"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani)
vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"

Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.



p/s : alhamdulillah aqu tidak ada nafsu nak merokok..yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari kita sendiri...


bila haiwan berfesyen..








haiwan pakai baju manusia?
manusia pakai macam haiwan?




p/s : jangan biar nafsu menguasai akal..


kajol kelate


kenal kajol tak?bukan kajol yang kat bollywood tu,kajol yang menyanyi dikir barat tu..mungkin orang kelantan je mengenali kajol ni...kali pertama aqu pergi tengok kajol ni menyanyi,memang aqu ingat dia ni perempuan tapi rupa-rupanya lelaki..hehe..suara dia memang sebiji macam perempuan..hari ini aqu terbaca artikal pasal kajol ni dekat surat khabar Berita Harian..kat bawah ni aku paste tentang kajol nie...



'Kajol' sanggup mati pertahan imej lembut


2011/04/20

KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jafri, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Kajol', tetap mempertahankan imej berperwatakan 'lembut' walaupun ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana berpakaian tidak senonoh di sebuah ekspo, Jumaat lalu. 

Malah Kajol sanggup mati daripada berubah menjadi lelaki sejati kerana beranggapan naluri wanita sudah sebati dengannya sejak beliau kecil lagi.


“Saya tidak mampu untuk berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
‘Kajol’ ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Tanah Merah kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ketika persembahan di Tanah Merah, kira-kira jam 10 malam dalam Ops Insaf. 

‘Kajol’ turut meluahkan kekecewaan terhadap tohmahan dan sindiran masyarakat disebabkan penampilannya yang memakai pakaian wanita terutama selepas kisahnya ditahan mendapat liputan meluas akhbar. 

"Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan dan daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan. 

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan," katanya. 
‘Kajol’ dari suku Temiar Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, berkata, keputusannya itu tidak menjejaskan karier kerana akan terus menghasilkan album dan membuat persembahan di luar Kelantan. 

“Sudah 11 tahun saya menjadi penyanyi dan seingat saya, sudah 25 album saya hasilkan. Persembahan pula tidak terkira kerana setiap bulan jadual persembahan saya memang padat," katanya. 

Ketika ditanya sama ada dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina, ‘Kajol’ enggan mengulas. 

"Minta maaf, persoalan itu tidak dapat saya jawab kerana itu hal peribadi dan saya tidak akan dedahkan kepada sesiapa," katanya. 


 sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajol_sanggupmatipertahanimejlembut/Article


p/s : artikal ini bukan untuk menyindir kajol...moga Allah memberi hidayah kepada 'kajol'....

4/19/11

usop sontorian...




Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer HitamJohor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

sumber : wikipedia

video usop sontorian>>

>aqu sangat suka tengok usop sontorian ni..cerita dia memang berkisar tentang kisah kanak-kanak di Malaysia..walaupun cerita dia tak banyak lawak,namun sangat menghiburkan...kisah yang dipaparkan sangat memberi pengajaran pada kanak-kanak...

antara watak dalam usop sontorian:



p/s :harap upin ipin akan tersohor macam usop sontorian...

kelantan memperbaiki kedudukan...





 vs






keputusan :

KELANTAN 5- PERAK 1


>dengan kemenangan ini,kelantan dapat memperbaiki kedudukan di tempat ketiga liga
>manakala perlis berada di tahap kritikal




POSTEAMPLDWTLGOALSDIFFPTS
1Selangor1392217:10729
2Terengganu1374221:12925
3Kelantan1373329:151424
4Perak1365216:7923
5Kedah1263310:7321
6Felda United1353511:14-318
7Harimau Muda A1143414:13115
8T-Team1343616:17-115
9Kuala Lumpur133559:11-214
10Pahang1334613:16-313
11Johor FC132747:13-613
12Negeri Sembilan1333710:17-712
13Sabah122558:13-511
14Perlis1314812:28-167



p/s:moga menjadi pembakar semangat buat the red warrior...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...