3/31/11

red warrior vs harimau malaya

                                                                                vs



selepas rehat beberapa hari kerana memberi jalan kepada skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan..malam ni,liga super akan membuka perlawanan yang seterusnye..antara perlawanan tumpuan ialah antara KELANTAN vs HARIMAU MUDA A yang berlangsung di SSMV1 di Kota Bharu..
adakah Harimau Muda A akan menumpaskan The Red Warrior??
Kelantan yang akan turun sebagai pendahulu liga pasti tidak akan membiarkan Harimau Muda A ini meratah begitu sahaja...begitu juga dengan HMA tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan prestasi terbaik walaupun terpaksa bermain depan puluhan ribu peminat setia TRW..
namun, ayuh kita saksikan perlawanan ini..




KELANTAN         ?                  VS   HARIMAU MUDA A         ?














p/s:arap penyokong TRW menjaga tingkah laku...sokong bia bijok....

3/30/11

melayu asal dari mana??

> jom baca artikal di bawah...


Asal bahasa Me­layu dari Taiwan?
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2011/03/31

Kajiannya Tanah Asal Etnik dan Bahasa Melayu-Polynesia menolaknya 

BENARKAH Taiwan tanah asal bahasa Melayu? Jika mengikut teori popular oleh pakar linguistik Robert Blust dan ahli arkeologi Peter Bellwood (1999), kedua-duanya saling menyokong apabila memperkenalkan Teori Out of Taiwan.

Teori yang disandarkan pada Formosan iaitu bahasa yang ditutur puak etnik di Taiwan dan bukti antikuiti di Bellwood melalui artifak neolitik yang ditemui di Filipina membina teori berlakunya penghijrahan dari Taiwan ke kepulauan Nusantara.
Blust pula membuat rumusan bahawa bahasa Austronesia yang termasuk dalam bahasa Melayu Polinesia) berasal dari Taiwan berdasarkan sembilan cabang bahasa Austronesia yang dikesan di negara itu. 

Menurut Blust, bahasa Austronesia tersebar ke Asia Tenggara dan Kepulauan Polinesia disebabkan berlakunya penghijrahan keluar penuturnya dari Taiwan sekitar 10,000 ke 6000 Sebelum Masihi (SM). 

Lalu, wujud kepercayaan etnik Melayu Polinesia yang merangkumi etnik Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan-Dusun, Murut, Penan, Jawa, Bugis, Minangkabau, Kerinci dan pribumi di rantau ini dan sekitar lautan Pasifik, dikatakan berasal dari negara itu. 

Bagaimanapun, teori terbabit disanggah Pensyarah Kanan Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Dr Abdullah Jumain Abu Samah menerusi kajiannya Tanah Asal Etnik dan Bahasa Melayu-Polynesia: Dari Taiwan? 
Kajiannya membuktikan orang Melayu Polinesia dan bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Asia Tenggara, bukan dari Taiwan seperti diperjelaskan dalam Teori Out of Taiwan serta pandangan itu turut diperkuatkan dengan bukti linguistik paleontologi, antropologi, sains genetik dan arkeologi. 

Selain itu, Teori Out of Taiwan itu juga boleh dipertikaikan jika disorot dari sudut sistem kekerabatan iaitu sistem penting dalam struktur sosial yang diamalkan etnik dari Taiwan, Austronesia di Asia Tenggara dan Polinesia. 

“Di Taiwan, sistem kekerabatannya berbentuk unilineal iaitu sistem kekeluargaan yang menjelaskan individu itu hanya berasal dari satu keturunan ibu bapa saja, manakala sistem kekerabatan di sekitar Asia Tenggara dan Polinesia berbentuk bilateral,” katanya pada syarahan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini. 

Walaupun demikian, sistem kekeluargaan masyarakat Minangkabau berbentuk matrilineal iaitu keturunan daripada waris perempuan sama seperti sesetengah etnik di Taiwan, namun belum ada bukti kukuh persamaan dan kaitan antaranya. 

“Mustahil untuk kumpulan masyarakat Austronesia dari Taiwan yang dikatakan berhijrah keluar itu meninggalkan terus sistem kekeluargaan mereka sebaik saja berhijrah keluar dari negara terbabit,” ujarnya. 

Apatah lagi di Filipina tidak ada bukti masyarakat Austronesia di sana mengamalkan sistem kekerabatan yang mirip sistem di Taiwan, sedangkan jarak antara Taiwan dan Filipina tidak begitu jauh hingga memungkinkan perubahan berlaku dengan begitu mendadak. 

“Manusia tidak akan dapat dipisahkan daripada budayanya dan satu daripadanya ialah bahasa. Tidak mungkin orang Taiwan yang menuturkan bahasa Austronesia berhijrah ke kepulauan Asia Tenggara dan apabila sampai di Filipina, sistem kekerabatan itu hilang, tetapi penggunaan bahasa dikekalkan,” tegasnya. 

Sebaliknya, Dr Abdullah menyimpulkan apa yang sebenarnya mungkin berlaku adalah sebaliknya, iaitu lelaki Austronesia dari Asia Tenggara berhijrah ke Taiwan dan mereka mengahwini perempuan negara itu, sebelum kembali semula ke Asia Tenggara melalui Filipina. 

Hipotesis Dr Abdullah disokong oleh kajian genetik yang mendapati bahawa lelaki yang berhijrah keluar dari Taiwan itu memiliki kromosom Y lelaki dari Kepulauan Asia Tenggara, manakala wanita memiliki Mitochondrial DNA (mtDNA) milik wanita Taiwan. 

Sementara persamaan antara bahasa yang tergolong dalam rumpun Austronesia di Taiwan dan Asia Tenggara pula disebabkan ia datang dari punca yang sama, iaitu selatan China. 

Sebelum ini, Teori Out of Taiwan pernah disanggah dari sudut genetik, geologi, arkeologi, bahasa dan kesusasteraan lisan oleh pakar genetik dan penulis Britain, Dr Stephen Oppenheimer menerusi bukunya, Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, 10 tahun lalu. 

Menerusi kajiannya, Oppenheimer mencadangkan migrasi penduduk ke Taiwan dari Kepulauan Asia Tenggara disebabkan banjir besar yang berlaku di wilayah itu dan bukan disebabkan revolusi pertanian zaman neolitik. 

Tahun lalu, teori yang sama dicabar Dr Martin Richards dari Universiti Leeds menerusi kajiannya, Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia yang diterbitkan dalam jurnal Evolusi dan Biologi Molekular. 

Kajian itu memperlihatkan perkaitan mtDNA di Kepulauan Asia Tenggara sudah berkembang sekitar 50,000 tahun lalu dan peningkatan paras air laut di wilayah berkenaan menyaksikan penduduk kepulauan itu berhijrah ke pulau di Filipina hingga ke utara Taiwan sekitar 10,000 tahun lalu. 





p/s : kenali asal usul kita...jangan jadi macam kacang lupakan kulit...

3/27/11

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI


by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.................... Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina) "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)




>ak paste dr fb...






p/s:arap di ambil sebagai pengajaran...

3/26/11

MALAYSIA 1 - 1 ETOILE FC


gol daripada Ahmad Fakri Saarani (malaysia)






gol daripada Hicham Bouchemial (etoile fc)




>permainan yg agak menghiburkan
>permainan Malaysia agak meningkat
>tp strategi masih perlu dibaiki agi
>x mustahil Malaysia leh masok olimpik n World cup
>tahniah kepada kedua-dua pasukan





p/s:leh jd pgulas sukan x??ekeke....hahaha






budak paling nakal



kenal x budak nie??
sape xkenal Shin Chan kan..org dewasa pom kenal budak nie..
Qu ase cite ni kurang sesuai untuk kanak-kanak coz lawak yg ditonjolkan mmg kurang ajar..hehe
ia x sesuai di tonton oleh kanak2....yelar,benda2 yg mengarut mmg mudah di tiru kanak2..



mmg x dinafikan juga de part yg memberi pengajaran kpd kanak2..
tapi jika anak2 maU tgok gak cite ni,perlulah de pemantauan dr mak ayah..
nti leh r de guideline yg mne leh ikut,yg mne xleh ikut...


sedutan cite Shin Chan :


hahahahaha..............










p/s:shin chan mmg lucu dan nakal.....hehehe....sedia....bye bye bye..

3/25/11

pasir mas 'kilang' gadis cantik???

ak pon xtau statement tu.....  :o
ak mengetahui dari lecturer ak ketika stdy kt politeknik sarawak...
lecturer Math tnye ak 'perempuan pasir mas cantik2 kan??'
ak tersenyum sambil tergaru2 kepale....(iye ke?)
tp rmai gak kwn2 ak ckap camtu...bg ak sume tempat de perempuan cantik...hehe
tp ak terbace skali agi sal ni dlm harian metro (ktika dlm bas otw nk blik kg)...skrg bru nk pos..hehe
ak trsenyum sorg2 ktika baca artikal 2..hehe
sambil tertanye...betul kee??
kt bwah ni ak paste tentang artikal tu...




Sunday, February 20, 2011


Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

Laporan dan foto AZLAN HAFEEDZ





TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka.

TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian 
kecantikan mereka.
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ 
gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan 
calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta 
memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi 
igauan setiap ‘putera’. 
 
  • FotoNADI UTAMA...pengangkutan kereta api menjadi nadi utama kepada penduduk sekitar Pasir Mas sejak 1950-an.
  • FotoTRADISI...peniaga barangan harian di pasar Pasir Mas masih mengekalkan konsep tradisi dalam urusan perniagaan.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis 
Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki 
tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu 
seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki 
mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan 
kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri 
dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang 
mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, 
selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan 
kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum 
air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai 
gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, 
Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya 
diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia 
yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita 
menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh 
Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil 
alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh 
yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan 
kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga 
berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini 
dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak 
berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan
 kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan 
terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh 
mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, 
namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk 
emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing 
membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang
melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing 
Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk 
padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman 
perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau 
Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, 
China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan 
didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, 
Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.





p/s:bangga gak Qu bace ni..hehe...wlaupom Qu ni bkan org perempuan cantik tu n 
bukan juga ado awek cantik camtu tp Qu org Pasir Mas....hahaha

3/23/11

3 GERGASI AKAN MENYERANG MALAYSIA







3 gergasi EPL akan bertemu Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan..
ini sebagai satu lagi langkah untuk memperkuatkan Harimau Malaysia..
arap ramai penyokong harimau malaya memakai baju harimau malaya..hehe
moge ini sebagai titik permulaan harimau malaya melangkah ke World Cup....
insyaAllah..............aminn





p/s:ak pom da beli jersi Malaysia tu tapi lom tau agi dapat g tgok x perlawanan tu....







proton pesona R???









3/22/11

26 March 2011







               VS








Sabtu ini adalah medan skuad kebangsaan untuk menguji kehebatan sebagai pasukan bergelar Juara Sukan Sea dan juga Juara AFF Suzuki akan menentang pasukan Etoile Fc.
Etoile Fc adalah satu pasukan bolasepak Perancis yang pemainnya adalah orang perancis bermain di dalam liga Singapura..
Arap pemain Malaysia dapat menunjukkan persembahan terbaik
dalam perlawanan persahabatan ini bagi meneruskan semangat 
bagi menghadapi kelayakan olimpik..adios..







sekian~~

3/19/11

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA SUKU AKHIR KEDUA 19/03/2011




TERENGGANU(3) VS (1)PERAK
*Terengganu mara ke separuh akhir dgn argregat 5-4

JOHOR (1) VS (3) SELANGOR
*Selangor mara ke separuh akhir dgn argregat 6-2

FELDA UNITED FC (0) VS (3) KELANTAN
*Kelantan Mara ke separuh akhir dgn argregat 5-2

KUALA LUMPUR (0) VS (0)PAHANG
Perlawanan pada 18/03/2011(*Pahang mara ke separuh akhir dgn argregat 2-1)







Tahniah buat Kelantan,Selangor,Terengganu dan Pahang....



p/s:perlawanan separuh akhir nanti memang sengit...peningkatan setiap pasukan pastinya memberi suatu perlawanan yang berkualiti...

3/18/11

KFCM

tuah ayam nampak di kaki...
tuah manusia sape yang tau...
begitulah tuah gf(elia) kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat
@ lebih di kenali sebagai Apek..
blog gf beliau iaitu http://jejariruncing.blogspot.com/ telah menjadi antara
blog terhangat di malaysia..
follower blog ni da sampai 12409...fuhhh
sunggoh tak disangka kann...
kebanyakan yg mengikuti blog ini adalah wanita..
ini mungkin kerana terlalu fanatik terhadap Apek..
mukanya yg dikatakan mirip pelakon korea itu membuat ramai wanita
tergila-gila kannya...
kepopularan ini juga terkena kepada gf nye ini...untum r..hehe
tetapi de juga yg dengki dgn gf nye ni...haha...wanita oh wanita
begitu r nasib seseorang itu bukan boleh dijangka...










p/s : moga Elia terus setia dgn apek...goodluck wat apek...

3/17/11

kubu tentera British...

korang mesti de terbaca pasal kubu British dalam coretan Reunion '88' kan...??
ak nak paste sal artikal kubu nie...
arap korang tao serba sedikit pasal kubu nie...


Sejarah kubu tentera British

Satu sudut pandangan kubu kebal di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. - utusan/ASMA HANIM MAHMOOD


KOTA BHARU 13 Okt. - "Bukan kubu Jepun, malah bukan juga monumen peringatan sejarah, tetapi ia adalah tinggalan sebenar kubu-kubu kebal yang dibina tentera British pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu."
Demikian kata Pegawai Penyelidik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Datuk Salleh Mohd. Akib, merujuk kepada binaan kubu-kubu konkrit lama berusia 70 tahun yang masih kedapatan di beberapa daerah di negeri ini.
Kebanyakan binaan konkrit itu berbentuk segi sembilan dan ia diperbuat daripada campuran simen dan pasir sungai dengan kerawat besi, sementara ketebalan dinding melebihi 0.3 meter dan keluasan pula lebih 18 meter persegi.
Salleh berkata, ramai di kalangan masyarakat hari ini keliru dan membuat andaian bahawa kubu-kubu tersebut atau 'pill boxes' adalah kubu tentera Jepun, padahal ia dibina lebih awal oleh tentera British untuk membedil Jepun.
Beliau berkata, kubu perlindungan dan 'pos' pemerhatian itu didirikan pada 1940 di beberapa lokasi strategik terutama di pantai bahagian utara sepanjang Tumpat ke Bachok yang terdedah luas menghala Laut China Selatan bagi mempertahankan negeri Kelantan daripada serangan musuh semasa Perang Dunia Kedua.
Katanya, kubu-kubu kebal tersebut mempunyai signifikan penting dalam sejarah kerana ia dibina khusus hasil maklumat risikan yang menjangka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui negeri ini.
"Perang Dunia Kedua berlaku antara tahun 1939 hingga 1945 dan ia bermula apabila salah satu negara daripada pakatan kuasa 'Axis' iaitu Jerman menyerang negara-negara di Eropah.
"Selain Jerman, pakatan tersebut turut disertai Itali dan Jepun dan mereka memusuhi negara-negara kuasa bersekutu terdiri daripada perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan China.
"Risikan penjajah British menghidu bahawa Tanah Melayu akan diserang melalui Kelantan lalu mereka membuat persediaan awal dengan mendirikan puluhan kubu-kubu kebal bagi mempertahankan negeri," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Risikan British itu ternyata tepat apabila menyaksikan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini, menjadi medan pertama perang.
Kapal Jepun mula kelihatan pada malam 7 Disember 1941 dan tembakan pertama dilepaskan selepas pukul 12 tengah malam.
Menurutnya, angkatan tentera Jepun seramai 5,200 orang dari Rejimen Ke-56 Divisyen 18 yang dipimpin Pemerintah Tentera Darat, Mejar Jeneral Hiroshi Takumi itu datang dengan lima kapal pengangkut dan pembinasa.
Katanya, tentera Inggeris yang berkubu di Pantai Sabak memberikan tentangan hebat menghalang tentera Jepun mendarat tetapi Jepun dapat menewaskan pertahanan di pantai tersebut, seterusnya menguasai Pengkalan Chepa dan seluruh Kota Bharu jatuh ke tangan mereka pada 9 Disember 1941.
Tokoh sejarah dan pendidikan itu sedang dalam proses akhir menyiapkan buku bertajuk Kubu Kebal British di Kelantan yang bakal diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.
Salleh berkata, pembinaan kubu kebal secara agresif hanya dilakukan di Kelantan berbanding negeri lain seperti Pahang dan Pulau Pinang yang mempunyai beberapa kubu kebal sahaja.
Bagaimanapun katanya, sebahagian besar kubu seperti yang terdapat di Pantai Sabak dan pesisir pantai di Bachok sudah ditenggelami air dan berada jauh ke dalam laut akibat hakisan pantai yang berlaku sejak tahun 1942 lagi.
Katanya, tentera British bukan sahaja mendirikan binaan konkrit itu di tepi pantai tetapi ia turut dibina di sekitar landasan kapal terbang seperti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa; Gong Kedak, Pasir Putih dan di Lalang Luas, Machang yang pada hari ini merupakan kawasan taman perumahan.
Beliau berkata, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah sebenar kubu-kubu yang dibina tetapi tinjauan pasukan Penyelidik Perbadanan Muzium Negeri sebelum ini mengesan hampir 30 kubu kebal masih wujud termasuk sebuah yang dijumpai berdekatan jambatan landasan kereta api di Manek Urai, Kuala Krai.
Ismail Shafie di hadapan kubu kebal berdekatan Pasar Pengkalan Chepa.


Selain itu, katanya, mereka mengesan 12 kubu kebal di sepanjang pesisir pantai Bachok yang dibina satu hingga satu setengah kilometer antara satu sama lain, sebuah di Pantai Sabak, sebuah berdekatan hotel ternama tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu, sebuah di Pantai Dalam Rhu, Tumpat, dua di Machang, dua di Pasir Putih dan lapan di Pengkalan Chepa.
"Tentera yang ditempatkan di kubu-kubu kebal ini adalah tentera British berketurunan India-Punjab yang dibekalkan dengan senjata seperti mesingan ringan dan berat serta senapang jenis MK-4 dan MK-5.
"Tiap-tiap pasukan yang mengawal kubu terdiri antara lima sehingga 10 orang dan mereka diberikan arahan supaya memberi tentangan sengit kepada tentera Jepun. Tujuannya supaya dapat memberi masa kepada pegawai tentera dan orang berbangsa Inggeris di Kelantan lari ke Singapura.
"Menurut cerita orang kampung yang tinggal berdekatan kubu, ada di kalangan tentera India-Punjab itu dirantai kakinya oleh pegawai British supaya mereka tidak dapat melarikan diri," katanya.
Salleh berkata, dari sebelah dalam, sebahagian kubu-kubu kebal itu didapati mempunyai ketinggian lebih dua meter dan ini memberi ruang kepada tentera India-Punjab untuk mengawal kubu sambil berdiri.
Katanya, pintu kubu dibina secara serong dengan adang pintu khas bagi mengelak tembusan peluru dari sudut hadapan manakala setiap penjuru atau segi mempunyai lubang-lubang khas yang keluasannya cukup untuk penggunaan senjata dan melihat pergerakan musuh dari jauh.
Jelasnya, di ruang dalaman kubu pula terdapat konkrit dinding di tengah-tengah sebagai kelebihan tempat berlindung semasa pertempuran dan memberi sedikit keselesaan kepada tentera untuk bersandar dan meletakkan barang-barang serta senjata mereka.
"Namun setiap kubu mempunyai sedikit perbezaan pada tinggi rendah dan keluasan dinding tengah bergantung kepada keadaan geografi tempat kubu dibina, kegunaan senjata berbeza serta jumlah askar yang ditempatkan.
"Misalnya, jika di tempat lain atap kubu biasanya adalah lapisan konkrit yang rata tetapi kubu kebal di jambatan kereta api Manek Urai yang menghadap Sungai Lebir mempunyai atap seperti bumbung rumah," katanya.
Salleh berkata, peranan kubu-kubu kebal itu sewajarnya diingati kerana peristiwa pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 tidaklah semudah yang disangka kerana tentangan sengit daripada tentera yang berada di kubu kebal berkenaan.
Beliau berkata, tentera Jepun yang terlibat dilaporkan pernah memberitahu bahawa jika tentera British bertahan lebih lama, tentera Jepun mungkin tewas disebabkan serangan dari kubu kebal dan juga kewujudan pagar kawat berduri yang menjadi benteng utama pertahanan di pantai.
Sementara itu, salah satu tinggalan kubu kebal ini boleh dilihat di tepi jalan sebelum Pasar Pengkalan Chepa kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Lokasi kubu kebal itu mudah dikenal pasti kerana diperindahkan dengan pagar batu oleh Jabatan Warisan Negara sejak 2006 bagi tarikan pelancong dan peminat sejarah.
Pesara polis, Ismail Shafie, 67, yang ditemui di situ berkata, usaha tersebut baik bagi mengingatkan generasi muda tentang sejarah Perang Dunia Kedua dan bagi memastikan tapak kubu kebal itu tidak 'tewas' kepada arus pemodenan.
"Tetapi kalau boleh pihak bertanggungjawab menambah lagi kemudahan dengan meletakkan papan kenyataan yang boleh memberi maklumat tentang sejarahnya kepada pengunjung dan juga orang lalu lalang di kawasan ini," katanya.




>ni pic semasa ak dgn kwn2 ak pergi ke kubu tu











p/s:jgn lupakan sejarah kita....kubu ni da semakin tenggelam..arap pihak berwajib menjaga khazanah ini...







sekian~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...